Sabtu, 17 Oktober 2015



BATU BERSURAT


FAHAMAN ANIMISME




KESIMPULAN
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memberi pandangan baru dan memperkukuhkan identiti tamadun Melayu yang sebelum ini dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memberikan impak ke atas Alam Melayu dengan menampilkan sebuah tamadun yang maju dari segala genap.
Dengan mengamalkan ajaran Islam, bangsa Melayu akan dapat menjayakan pepatah ’tidak Melayu hilang di dunia’. Penjelmaan tamadun Melayu yang berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu terutama di Malaysia.

Syed Muhammad Naquib menegaskan bahawa agama Islam telah mengubahjiwa dan fizikal komuniti tamadun Melayu manakala Mohd Taib Osman pula berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa perubahan sehingga menjadikannya sebahagian daripada dunia Islam. Perubahan-perubahan yang maksudkan oleh kedua-dua tokoh diatas dapat dilihat daripada semua aspek kehidupan seperti bidang bahasa,sastera, intelektual, undang-undang, kepercayaan, politik dan budaya.
Kesimpulannya kehadiran Islam di Alam Melayu telah membawa perubahan besar ke atas nilai dan budaya orang Melayu. Peralihan gaya berfikir, corak sosial, dan interaksi dalam kalangan orang Melayu dan masyarakat sekitar telah diungguli oleh nilai tradisi Islam.





KAEDAH ELEKTRONIK

Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka.

Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawall abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam. Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. 

Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka. Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam. Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah. Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.

                                             

Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah. Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama. Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran. Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf

Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil. Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadurdan menyimpan kitab agama Islam. Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.



FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA


         1. PERDAGANGAN
         2. PERKAHWINAN
         3. PERLUASAN KUASA DAN FAKTOR POLITIK
         4. AJARAN ISLAM YANG MUDAH
         5. FAKTOR KESUSASTERAAN
         6. PERANAN AHLI TASAWUF, SUFI, DAN  PENDAKWAH
         7. KESAN PERANG SALIB
         8. KEKABURAN AJARAN HINDU
         9. PERASAAN ANTI SISTEM KASTA
       10. PENGARUH PEMERINTAH
       11. KEKOSONGAN JIWA KERANA BELUM ADA AGAMA
       12. KELEMAHAN PENGARUH HINDU DAN BUDDHA
       13. CORAK MARITIM KAWASAN




KAEDAH ELEKTRONIK INI DIDAPATI DARIPADA INTERNET :
http://www.academia.edu/8414520/TEORI_KEDATANGAN_ISLAM_KE_TANAH_MELAYU



                                                   
                                                











     
                               



SINOPSIS:


Sebelum kedatangan Islam, masyarakat melayu menganut fahaman animisme. Keaadan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep seesan Tuhan dan ibadat yang luas, Islam telah Berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat sitiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur.

Contoh Soal Selidik

,Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu
Semester :
Kursus :
Anda wajib menjawab semua soalan dengan menandakan (/) pada ruangan yang disediakan. Terdapat 1-4 skala disediakan.
1)      Sangat setuju
2)       Setuju
3)      Tidak Setuju
4)      Sangat Tidak Setuju

OBJEKTIF KAJIAN


a) Mengenal pasti tentang kedatangan islam ke tanah melayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi.

b) Mengetahui tentang penyebaran agama islam yang dipercayai disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah yang datang berdangang di Tanah Melayu.

c) Menghuraikan tentang penyebaran islam melalui catatan Marco Polo.