Sabtu, 17 Oktober 2015

LATAR BELAKANG


Kedatangan Islam ke alam Melayu telah banyak dibincangkan oleh sarjana tempatan dan sarjana Barat. Pada amnya, ada perbezaan antara teori yang berkaitan dengan tarikh, daerah, dan factor kedatangannya. Sarjana tempatan telah menerapkan tarikh kedatangannya pada sekitar abad ke-7, ke-8, dan ke-9. Namun, berdasarkan catatan Cina Dinasti Yuan dan laporan pengembaraan Marco Polo, sarjana Barat lebih cenderung melewatkan tarikh kedatangan tersebut, iaitu pada abad ke-13 (Munif , 1999).Menurut al-Attas (1969) tarikh yang tercatat pada batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu, iaitu 4 Rejab 702 hijrah yang bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masihi menjadi bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada abad ke-14 atau lebih awal. Sarjana Barat seperti D.G.E. Hall dan Harrison pula mengandaikan kedatangan tersebut adalah pada abad ke-15.Menurut Amat Juhari (1996), tulisan Arab dibawa masuk ke alam Melayu dan kemudian digunakan sebagai tulisan bahasa Melayu. Bukti terawal menunjukkan bahawa penggunaan tulisan Arab di alam Melayu telah bermula pada abad ke tiga hijrah yang bersamaan dengan abad ke-10. Tulisan Arab dalam bentuk prasasti, pernah ditemui di beberapa tempat iaitu: (a) Kedah Darul Aman (zaman Langkasuka), iaitu pada batu nisan Syeikh Abdul Qadir ibn Husin syah Alam (290 H/910), (b) BruneiDarussalam, iaitu pada batu nisan puteri Sultan Abdul Majid ibn Mohamad Syah al-Sultan (440 H/1048), (c) Vietnam, iaitu pada batu nisan di PhanRang Vietnam (dahulunya termasuk dalam Wilayah Selatan Champa) 431 H/1039), (c) Pekan, Pahang, iaitu pada batu nisan yang bertarikh 14 Rabiul Awal 419 H, (d) Grisek, Jawa Timur, iaitu pada batu nisan Fatimah binti Maimun binti Hibat Allah, yang meninggal di Laren, Gerisik, Jawa Timur (475 H/ 1082).









Tiada ulasan:

Catat Ulasan