Sabtu, 17 Oktober 2015



KESIMPULAN
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memberi pandangan baru dan memperkukuhkan identiti tamadun Melayu yang sebelum ini dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memberikan impak ke atas Alam Melayu dengan menampilkan sebuah tamadun yang maju dari segala genap.
Dengan mengamalkan ajaran Islam, bangsa Melayu akan dapat menjayakan pepatah ’tidak Melayu hilang di dunia’. Penjelmaan tamadun Melayu yang berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu terutama di Malaysia.

Syed Muhammad Naquib menegaskan bahawa agama Islam telah mengubahjiwa dan fizikal komuniti tamadun Melayu manakala Mohd Taib Osman pula berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa perubahan sehingga menjadikannya sebahagian daripada dunia Islam. Perubahan-perubahan yang maksudkan oleh kedua-dua tokoh diatas dapat dilihat daripada semua aspek kehidupan seperti bidang bahasa,sastera, intelektual, undang-undang, kepercayaan, politik dan budaya.
Kesimpulannya kehadiran Islam di Alam Melayu telah membawa perubahan besar ke atas nilai dan budaya orang Melayu. Peralihan gaya berfikir, corak sosial, dan interaksi dalam kalangan orang Melayu dan masyarakat sekitar telah diungguli oleh nilai tradisi Islam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan