Sabtu, 17 Oktober 2015



BATU BERSURAT


FAHAMAN ANIMISME




KESIMPULAN
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memberi pandangan baru dan memperkukuhkan identiti tamadun Melayu yang sebelum ini dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memberikan impak ke atas Alam Melayu dengan menampilkan sebuah tamadun yang maju dari segala genap.
Dengan mengamalkan ajaran Islam, bangsa Melayu akan dapat menjayakan pepatah ’tidak Melayu hilang di dunia’. Penjelmaan tamadun Melayu yang berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu terutama di Malaysia.

Syed Muhammad Naquib menegaskan bahawa agama Islam telah mengubahjiwa dan fizikal komuniti tamadun Melayu manakala Mohd Taib Osman pula berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa perubahan sehingga menjadikannya sebahagian daripada dunia Islam. Perubahan-perubahan yang maksudkan oleh kedua-dua tokoh diatas dapat dilihat daripada semua aspek kehidupan seperti bidang bahasa,sastera, intelektual, undang-undang, kepercayaan, politik dan budaya.
Kesimpulannya kehadiran Islam di Alam Melayu telah membawa perubahan besar ke atas nilai dan budaya orang Melayu. Peralihan gaya berfikir, corak sosial, dan interaksi dalam kalangan orang Melayu dan masyarakat sekitar telah diungguli oleh nilai tradisi Islam.





KAEDAH ELEKTRONIK

Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka.

Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawall abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam. Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. 

Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka. Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam. Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah. Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.

                                             

Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah. Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama. Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran. Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf

Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil. Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadurdan menyimpan kitab agama Islam. Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.



FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA


         1. PERDAGANGAN
         2. PERKAHWINAN
         3. PERLUASAN KUASA DAN FAKTOR POLITIK
         4. AJARAN ISLAM YANG MUDAH
         5. FAKTOR KESUSASTERAAN
         6. PERANAN AHLI TASAWUF, SUFI, DAN  PENDAKWAH
         7. KESAN PERANG SALIB
         8. KEKABURAN AJARAN HINDU
         9. PERASAAN ANTI SISTEM KASTA
       10. PENGARUH PEMERINTAH
       11. KEKOSONGAN JIWA KERANA BELUM ADA AGAMA
       12. KELEMAHAN PENGARUH HINDU DAN BUDDHA
       13. CORAK MARITIM KAWASAN




KAEDAH ELEKTRONIK INI DIDAPATI DARIPADA INTERNET :
http://www.academia.edu/8414520/TEORI_KEDATANGAN_ISLAM_KE_TANAH_MELAYU



                                                   
                                                











     
                               



SINOPSIS:


Sebelum kedatangan Islam, masyarakat melayu menganut fahaman animisme. Keaadan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep seesan Tuhan dan ibadat yang luas, Islam telah Berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat sitiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur.

Contoh Soal Selidik

,Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu
Semester :
Kursus :
Anda wajib menjawab semua soalan dengan menandakan (/) pada ruangan yang disediakan. Terdapat 1-4 skala disediakan.
1)      Sangat setuju
2)       Setuju
3)      Tidak Setuju
4)      Sangat Tidak Setuju

OBJEKTIF KAJIAN


a) Mengenal pasti tentang kedatangan islam ke tanah melayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi.

b) Mengetahui tentang penyebaran agama islam yang dipercayai disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah yang datang berdangang di Tanah Melayu.

c) Menghuraikan tentang penyebaran islam melalui catatan Marco Polo.


PERSOALAN KAJIAN

a a)    Pada abad masihi ke berapakah kedatangan islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula?

b b)    Bagaimanakah kedatangan islam ke Tanah Melayu disebarkan?


c c)    Huraikan tentang penyebaran islam ke Tanah Melayu melalui catatan Marco Polo.


LATAR BELAKANG


Kedatangan Islam ke alam Melayu telah banyak dibincangkan oleh sarjana tempatan dan sarjana Barat. Pada amnya, ada perbezaan antara teori yang berkaitan dengan tarikh, daerah, dan factor kedatangannya. Sarjana tempatan telah menerapkan tarikh kedatangannya pada sekitar abad ke-7, ke-8, dan ke-9. Namun, berdasarkan catatan Cina Dinasti Yuan dan laporan pengembaraan Marco Polo, sarjana Barat lebih cenderung melewatkan tarikh kedatangan tersebut, iaitu pada abad ke-13 (Munif , 1999).Menurut al-Attas (1969) tarikh yang tercatat pada batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu, iaitu 4 Rejab 702 hijrah yang bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masihi menjadi bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada abad ke-14 atau lebih awal. Sarjana Barat seperti D.G.E. Hall dan Harrison pula mengandaikan kedatangan tersebut adalah pada abad ke-15.Menurut Amat Juhari (1996), tulisan Arab dibawa masuk ke alam Melayu dan kemudian digunakan sebagai tulisan bahasa Melayu. Bukti terawal menunjukkan bahawa penggunaan tulisan Arab di alam Melayu telah bermula pada abad ke tiga hijrah yang bersamaan dengan abad ke-10. Tulisan Arab dalam bentuk prasasti, pernah ditemui di beberapa tempat iaitu: (a) Kedah Darul Aman (zaman Langkasuka), iaitu pada batu nisan Syeikh Abdul Qadir ibn Husin syah Alam (290 H/910), (b) BruneiDarussalam, iaitu pada batu nisan puteri Sultan Abdul Majid ibn Mohamad Syah al-Sultan (440 H/1048), (c) Vietnam, iaitu pada batu nisan di PhanRang Vietnam (dahulunya termasuk dalam Wilayah Selatan Champa) 431 H/1039), (c) Pekan, Pahang, iaitu pada batu nisan yang bertarikh 14 Rabiul Awal 419 H, (d) Grisek, Jawa Timur, iaitu pada batu nisan Fatimah binti Maimun binti Hibat Allah, yang meninggal di Laren, Gerisik, Jawa Timur (475 H/ 1082).









PENYATAAN MASALAH

a)     Menerangkan dengan lebih lanjut tentang teori-teori yang berkenaan tarikh, masa dan tempat semasa kedatangan Islam ke Tanah melayu.
b)     Memberitahu kepada umum tentang tarikh sebenar kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
c)     Menyatakan bukti-bukti tentang kedatangan Islam di Tanah Melayu.



KAJIAN KEPUSTAKAAN (KAEDAH CETAK)

Pengenalan
Nusantara ialah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu nusa (pulau) dan antara (lain). Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan. Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa Melayu ialah Alam Melayu dan dalam bahasa Indonesia ialah "Nusantara" (kepulauan di antara), walaupun istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia. Ibn Batutah telah menggunakan nama al-Jawah bagi merujuk kepada Nusantara. Perkataan Jawi adalah nama bagi penduduk-penduduknya. Dengan itu nama Jawah dan Jawi tidak hanya merujuk kepada kepulauan Jawa dan penduduknya sahaja bahkan ianya digunakan untuk seluruh daerah Asia Tenggara dan penduduknya sekali (Ibn Batutah: 1964).

BATASAN KAJIAN

      Lokasi kajian telah dijalankan di Politeknik Nilai Negeri Sembilan yang melibatkan populasi seramai 150 orang dari jabatan perdagangan iaitu Diploma Retail Management(DRM)semester 2,Diploma Logistic and Supplier(DLS) semester 4,Diploma Islamic Banking (DIB)semester 6. Jumlah reponden yang dijadikan sampel hanya terdiri daripada 30 orang sahaja.

KEPENTINGAN KAJIAN

  


ü  Penemuan batu bersurat.
ü  Memahami fenomena agama.
ü  Mendedahkan bagaimana tamadun berkembang.
ü  Mengetahui sejarahwan-sejarahwan yang berjasa pada saat itu.
ü  Memupuk sikap kerohanian dan cinta terhadap agama islam.
KENPENTINGAN UNTUK INDIVIDU
ü  Dapat mempelajari dan memahami tentang sejarah islam.
ü  Masyarakat dapat mengetahui sejarah negara.
ü  Dapat menjadi teras kepercayaan masyarakat melayu.
     KEPENTINGAN UNTUK NEGARA
ü  Mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan dan diikuti oleh golongan pegawaiI dan pemimpin pemimpin.

KEPENTINGAN UNTUK MASYARAKAT
ü  Mengetahui asal usul kedatangan dan bagaimana agama islam tersebar ditanah melayu.
ü  Timbul perasaan ingin tahu dengan lebih mendalam tentang sejarah kedatangan agama islam ke tanah melayu.
ü  Membantu masyarakat memupuk sikap berterima kasih kepada golongan yang menyebarkan agama islam di tanah melayu.

DAPATAN KAJIAN


LAMPIRAN

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memberi pandangan baru dan memperkukuhkan identiti tamadun Melayu yang sebelum ini dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memberikan impak ke atas Alam Melayu dengan menampilkan sebuah tamadun yang maju dari segala genap.

Dengan mengamalkan ajaran Islam, bangsa Melayu akan dapat menjayakan pepatah ’tidak Melayu hilang di dunia’. Penjelmaan tamadun Melayu yang berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu terutama di Malaysia.

KAJIAN METODOLOGI

Kajian ini mempunyai dua kaedah iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan.
Kaedah kepustakaan : buku dan majalah
kaedah lapangan         :soal selidik atau temu bual
Kaedah pertama adalah kaedah perpustakaan yang digunakan untuk mendapat maklumat dengan lebih mendalam.

Kaedah kedua adalah kaedah lapangan iaitu soal selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai tentang

Soal selidik ini merangkumi 15 soalan yang berkaitan dengan tajuk dan melibatkan 30 orang responden

Penerangan akan diberikan kepada responden supaya responden mengetahui  tujuan soal selidik itu dijalankantajuk yang dikaji.

Isnin, 28 September 2015

Metologi

Kajian ini mempunyai dua kaedah iaitu kaedah perpustakaan dan kaedah lapangan. Contoh kaedah perpustakaan ialah seperti buku dan majalah, manakalah kaedah lapangan seperti soal selidik atau temu bual. Kaedah pertama adalah kaedah perpustakaan yang digunakan untuk mendapat maklumat dengan lebih mendalam. Kaedah kedua adalah kaedah lapangan iaitu soal selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai tentang tajuk yang dikaji. Soal selidik ini merangkumi 15 soalan yang berkaitan dengan tajuk dan melibatkan 30 orang responden. Semasa menjalankan soal selidik kepada responden, penerangan akan diberikan kepada responden supaya responden mengetahui tujuan soal selidik itu dijalankan. Selesai sahaja soal selidik ini dijalankan, ribuan terima kasih diucapkan kepada responden kerana sanggup meluangkan sedikit masa untuk menjawab soal selidik yang kami jalankan.